Tersisih Kerana Kudung, Kini Berjaya

Rakan semua tidak percaya melihat Wan Zulkifli memandu Toyota Inova hanya dengan satu tangan…! Ada yang tidak percaya sehingga menyatakan itu kereta pinjam. Malahan ada yang mencemuh kerana membeli kereta dari usaha isteri.

2 tahun lalu, beliau hanya Seorang Technican Sebuah Kilang di Nilai, Negeri Sembilan yang gigih bekerja. Dengan percaya kata-kata “Kerja dengan bersungguh-sungguh pasti gaji akan terus naik “ ternyata ia adalah tidak benar. Kemalangan sewaktu bekerja di kilang menyebabkan pergelangan tangan kirinya putus. Dengan kecacatannya menyebabkan prestasinya terbatas menyebabkan ia tersisih dari kerjaya.

Ajakkan sahabat untuk mencuba kerjaya sebagai usahawan agen takaful telah mengubah kehidupan beliau dan keluarga. Dengan hasih usaha gigih dan semangat istiqamah, beliau mula mencuba hanya sebagai Agen separuh masa. Beliau percaya “ Rezeki Allah yang bagi, Kita Cuma usaha “

Kini beliau telah menjadi Agen Takaful sepenuh masa dan mencapai sebagai Agensi Manager dengan pendapatan 3 kali ganda berbanding pendapatan rakan-rakan seperjuangan di kilang dahulu. Beliau juga tidak menyangka bahawa pendapatan menjadi Agen Takaful begitu lumayan dan kehidupan lebih selesa dengan waktu kerja mengikut kesesuaian sendiri.

Pelbagai anugerah dan hadiah telah dimenangi oleh beliau termasuk melancung keluar Negara. Kini beliau dan kumpulan agen beliau mengorak langkah untuk terus Berjaya mengubah nasib kehidupan masing-masing.

Kejayaan Bukan nasib, Ia adalah Pilihan..!

No comments:

Post a Comment