Makan Gaji Ciput, Baik buat Business

Fakhururazi Bin Abu Bakar ( 24 Tahun )



Makan Gaji adalah jalan terakhir baginya kerana tidak mahu jadi kuli sepanjang hayat. Pelbagai rancangannya untuk berniaga terbantut dan terhenti kerana kengkangan modal dan ketandusan pengalaman menjadikan ia hanyalah perancangan yang terkubur sepi.


Pada mulanya beliau yang beria-ia mencadangkan supaya sahabatnya En Anuar bekerja sendiri kerana masa depan yang lebih terjamin. Namun begitu beliau sendiri masih belum pernah lakukan. 


Disember 2008, Sahabatnya Anuar mempelawa menjadi usahawan takaful namun ditolak kerana kurang faham bagaimana kerjaya takaful boleh membawanya kearah kejayaan dengan lebih terjamin.


Akhirnya pada Febuari 2009, beliau ingin dalam terpaksa mencuba menjadi Agen Takaful kerana tekanan bekerja di Kedai serbaneka (7-Eleven) TTDI Shah Alam. 


Terfikir aku sampai bila aku nak kerja macam ni..? Kalau dah bekeluarga... macam mana nak tanggung anak bini nanti ... parah ni....!


Kini setelah 8 bulan berlalu, beliau gembira kerana mengambil keputusan untuk menjadi Agen Takaful sepenuh masa dengan kehidupan yang lebih bebas dan pendapatan yang lebih lumayan.


Kawan-kawan jelous tengok masa aku bekerja..
Cuti ikut sendiri. mana yang lebih penting... ok aje..!





No comments:

Post a Comment