Salam..
Pernah terfikir berhenti dari Sr Engineer jadi saleman aka mamat jual insurance..? He..He.. tiap tiap Hari... sehingga ada rakan yang kata aku bodoh gila buat keputusan macam ni . Sebenarnya banyak perkara lain yang lebih penting dari pangkat dan status di multi national company...Biasa la dah berbelas tahun kerja makan gaji baru terasa apa yang lebih paling penting dalam hidup...
Di sini ada artikel Menarik. Bacalah

Bila bercerita tentang perniagaan, maka kita akan bercerita tentang kaum kerabat perniagaan – risiko, rugi, untung, bankrap, modal dll – yang mana semua ini hanya dapat dirasai bila kita buat sendiri. Tak ada dalam buku hatta dalam silibus master degree pun tiada pengalaman yang serupa. Cuma dalam belajar secara teori ini dapat dipelajari selok belok, pengalaman orang lain, falsafah dan ilmu yang tak serupa dengan orang lain yang tak belajar ilmu ini. Maka yang tinggal hanyalah usaha.
Tak semestinya orang yang ada kelulusan yang tinggi tak perlu berusaha untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan. Tidak sama sekali, cuma kebanyakannya (berdasarkan permerhatian aku) cepat capai kejayaan kerana mereka ada strategi sendiri. Ada juga yang tak jadi apa-apa – putus asa, malas dan bosan. Ye la, nak jadi kaya bukan sekelip mata, bak kata omputih “Rome was not built in a one day!“, jadinya kena usaha dulu baru tahu.
Berbalik pada cerita – Ada master degree tapi kerja sendiri. Aku pilih industri kewangan (takaful) sebagai platform untuk mencapai impian. Sebelum ini pun aku pernah jadi usahawan, tapi silap teknik sikit, maka kantoi. Kesilapan mengajar erti kehidupan. Jadinya apa salahnya seorang perunding takaful mempunyai master degree? Aku rasa inilah kerjaya yang paling sesuai dengan kelulusan yang ada pada aku. Lagipun bukan niat aku untuk dapat master degree hanya untuk makan gaji, memang untuk self development. Rasanya tak salah. Cuma fikiran tipikal “orang kampung” masih membelenggu kebanyakan “orang bandar” yang menyebabkan ramai graduan yang hebat tak sanggup meneruskan kehebatan mereka bila memasuki era kerjaya.
So, cerita di atas sebenarnya sedikit sebanyakan membuka minda aku. Sebab itulah Rasulullah S.A.W suruh kita mengaji sampai ke negeri China, menuntut ilmu dari dalam kandungan hingga liang lahad, bukan semata-mata untuk kerja gomen atau makan gaji. Tapi untuk diri sendiri agar dapat memilih jalan yang betul. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment